Amali 6: Set Masakan Cina
Ni hao ma? Wo hen hao.
Sebelum mulakan bicara, apa kata kita pelajari beberapa ayat mandarin asas. Maksud ayat di atas ialah, 'awak apa khabar?' dan 'saya khabar baik'. Mudah, kan? :)
Menu pertama, kedua dan ketiga telah kita ketahui melalui entri sebelum ini. Menu yang seterusnya ataupun yang keempat ialah Stir Fried Vegetables @ Sayur Campur Goreng.
Bila sentuh bab sayur-sayuran ni, mudah ja penyediaannya. Cuma yang rumit tu bila sampai part menjaga nutrien. Kadang sedar tidak sedar kita selalu menjadikan sayur yang berkhasiat menjadi kurang berkhasiat. Kenapa? Sebab kita selalu masak lama-lama. Kadang sampai layu sayur tu kita masak. Bagai layu di tasik madu, :p
Petuanya senang ja. Masak sekejap pun sudah memadai. Macam yang jadi dalam dapur khamis lepas. Kami 'terleka' seketika sewaktu sedang menggoreng sayur. Hasilnya, puan pensyarah kami yang comel tu komen sayur kami kurang menarik kerana dimasak terlalu lama.
Tengok, sekilas ikan di air, boleh tahu jantan betinanya. Begitulah diperumpamakan dengan penilaian dari puan pensyarah. Tidak dapat menipu. Semua beliau tahu. Dan kami hanya senyum tersipu-sipu. Perlu perbaiki lagi ni cara memasak sayur. Failed... :)
Sebelum kita pergi kepada resipinya, saya ingin menyentuh sedikit tentang satu jenis sayuran ni. Sayur ni digunakan dalam resipi ni. Mula-mula, saya memang tidak tahu apa itu kacang sepat. Kalau kacang panjang, kacang buncis, kacang botol, kacang hijau, kacang tanah, kacang dal dan pelbagai jenis kacang lagi la, memang saya tahu. Tetapi, kacang sepat???
Ini rupanya kacang sepat. Like seriously, saya memang tidak tahu. Kalau tiada dalam resipi pada hari tersebut, memang saya tidak tahu la. :D
Jadi, mari lihat bahan-bahan yang digunakan dan cara menyediakannya. Boleh dipraktikkan di rumah. Senang dan sangat sedap. Memang favorite la sebab ada pelbagai sayuran.
Bahan-bahan:
1/2 biji Bunga kobis
100 gm Kacang sepat
1 biji Lobak merah (lorekkan bunga)
1 tin Cendawan butang (potong dua)
1 paket Putik jagung (belah 2)
1 biji Lada benggala merah (potong dadu)
2 ulas Bawang putih
2 cm Halia (hiris halus)
1 sudu teh Minyak bijan
4 sudu besar Minyak masak
300 gm Udang (buang kepala dan kulit)
4 sudu besar Sos tiram
125 ml Stok ayam
2 sudu besar Tepung jagung
4 sudu besar air
Garam dan lada sulah secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Celurkan sayur seperti bunga kobis, kacang sepat, putik jagung dan lobak merah ke dalam air panas.
2. Panaskan minyak dan minyak bijan.
3. Masukkan udang dan masak sehingga setengah masak.
4. Masukkan bawang putih dan halia sehingga semua bahan kering.
5. Masukkan sayur-sayur yang telah dicelur ke dalam kuali beserta cendawan butang dan lada benggala.
6. Masukkan sos tiram, stok ayam, garam dan lada sulah secukup rasa.
7. Akhir sekali, masukkan tepung jagung dan air.
# Jangan masak terlalu lama kerana bakal menghilangkan khasiat sayur. #
~ Sayur campur goreng ~
Kukus dan rebuslah sayur anda untuk
kesihatan yang berpanjangan. :D

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
say something here