Sabtu, 22 Disember 2012

5 Penyebab Berat Badan Meningkat



Zaman semakin maju dan masa bergerak dengan pantasnya seiring dengan modenisasi. Begitu juga dengan tekanan hidup yang semakin meninggi terutamanya tekanan di tempat kerja. Lantasan dari itu, kita sering terbuai oleh 'indah'nya masalah duniawi dan mengatasinya dengan kaedah alaf 21 iaitu 'makan'. Bila kita tertekan, kita makan. Bila kita makan, kita tertekan sebab banyak makan. Akibatnya, memudaratkan diri sendiri. Asalnya satu masalah sahaja, tetapi bila cuba kaedah makan sebagai terapi tekanan, banyak pula masalah lain yang timbul seperti kegemukan ataupun obesiti. Sungguh tidak sihat dan tidak berbaloi. Kasihanilah diri sendiri. Hendak hidup lama, maka jagalah pemakanan anda walaupun hidup dipenuhi dengan tekanan. ^_^




Saya ingin kongsikan satu tinjauan yang dilakukan oleh CareerBuilder.com. Laman web ini telah melakukan satu kajian untuk mengetahui penyebab seseorang itu gemuk ketika berada di tempat kerja. Kajian ini bagus untuk semua yang bakal bekerja terutamanya saya dan rakan-rakan sekelas kerana ia adalah sebagai peringatan dan bekalan ilmu di hari kelak. Maklumlah, kerja sebagai guru ni banyak berdepan dengan pelbagai tekanan. Mari kita lihat apakah punca utama seseorang itu mudah untuk menjadi gemuk ketika berada di tempat kerja.

Pejabat adalah tempat kita bekerja dan mungkin menjadi salah satu tempat yang berpotensi untuk kita menjadi gemuk. Maklum sahaja, pelbagai godaan untuk mengambil makanan yang berkalori tinggi, apatah lagi ada sahaja makanan lazat dan menyelerakan yang dibawa oleh rakan sekerja. Hal biasa bukan? Rakan sekerja membawa pelbagai jenis makanan ke pejabat lalu dikongsikan bersama-sama. Sewaktu bekerja, kita menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga yang banyak pada pekerjaan yang dilakukan lalu menyebabkan kita cepat merasa lapar.




Menurut Glassman, penulis buku The Snack Factor Diet, ketika anda merasa lapar, gula darah akan rendah menyebabkan anda tidak mampu berfikir dengan baik. Ketika inilah anda akan berusaha mencari makanan atau snek.

Data dari National Health and Nutrition Examination Survey di Amerika (1999-2002) mengatakan: Wanita yang mengunyah lebih daripada dua kali sehari telah mengambil 192 kalori dalam setiap kali mengunyah. Ini sudah menganggu program diet yang dilakukan.

6 Penyebab Berat Badan Meningkat

*****************

1. Makan Kerana Stres


Kajian yang dilakukan CareerBuilder.com mendapati 37% responden mengatakan stres di tempat kerja adalah penyebab utama berat badan meningkat sehinggakan anda ingin mengambil makanan yang enak. Ketika stres, jangan sesekali terus mengambil kerepek kentang atau biskut. Sebaliknya, cubalah untuk menarik nafas dalam-dalam dan hembus secara perlahan-lahan sebanyak 5-10 kali. Jika ingin juga mengunyah, bawalah snek sihat dari rumah seperti kacang ataupun buah-buahan. Meminum air putih pun boleh membantu mengurangkan rasa lapar. 

*****************

2. Makan Tengahari Di Luar


Sebanyak 20% responden mengatakan makan tengahari di luar pejabat turut menambahkan berat badan. Ini kerana, kita tidak tahu pengolah makanan dan berapa jumlah kalori dari makanan yang disediakan. Sebaiknya, bawalah bekal dari rumah. Bukan sahaja sihat dan murah tetapi anda boleh menentukan bahan yang ingin dimasukkan dalam makanan. Ia adalah tindakan yang bijak dalam menentukan tahap kesihatan dan kebersihan makanan yang kita ambil dala sehari-harian kita.

*****************

3. Melewatkan Waktu Makan


19% pekerja mengaku mereka kerap melewatkan waktu makan kerana banyak kerja yang harus diselesaikan. Apabila lapar, kita akan cenderung untuk mengambil makanan secara berlebihan. Untuk mencegahnya atau apabila kita tidak sempat makan, kita boleh sediakan yogurt, buah ataupun snek yang berisi campuran buah kering dan kacang. Makanlah seketika untuk mengalas perut dan supaya kita tidak makan tengahari dengan terlalu banyak. Ini bersangkut paut dengan pengambilan sarapan pagi. Sekiranya kita tidak bersarapan, kita akan cenderung untuk melakukan perbuatan yang tidak sihat seperti yang dinyatakan tadi iaitu makan dalam jumlah yang banyak pada waktu tengahari.

*****************

4. Menyambut Perayaan


Ketika kita dinaikkan pangkat atau mendapat pekerjaan lain, anda lebih cenderung untuk meraikan rakan dengan makanan yang enak dan berkalori tinggi seperti kek, coklat atau pizza. Bayangkan dalam sebulan ada 5-6 sambutan yang dilakukan, belum ditambah lagi dengan hidangan makanan yang enak. Ini boleh menambahkan kalori dalam badan. Untuk mengatasinya, kita boleh makan apa yang disediakan tetapi kurangkan jumlah pengambilan atau bahagikan bersama dengan kawan yang lain. Berbagi sama rata kan tanda kasih sayang sesama kawan.

*****************

5. Snek Dari Kawan Sepejabat


Penyebab lain adalah godaan untuk menikmati snek yang dibawa oleh rakan sekerja. 10% responden mengatakan tidak mampu menahan godaan apabila rakan sekerja membawa sekotak donat atau sebekas kek yang enak. Bayangkan makanan ada di hadapan mata, tambahan pula makanan yang sedap dan kegemaran, siapa yang mampu menolaknya. Pasti dijamah sedikit demi sedikit. Paling kurang pun separuh daripada jumlah makanan tersebut. Betapa kuatnya godaan makanan yang dibawa oleh rakan.

Kelima-lima penyebab ini hanyalah tinjauan kasar dari satu penyelidikan melalui borang kaji selidik. Penyebab lain yang tidak dinyatakan tetapi logik dan boleh diterima akal boleh dijadikan panduan agar dihindari demi mengelakkan kegemukkan yang tidak sihat. Gemuk tetapi sihat, boleh diterima! ^_^




Makan dan bekerja secara sihat untuk hidup yang lebih sihat! :D







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

say something here