@ Bubur Jagung
Jikalau entri sebelum ini bercerita mengenai perkedil @ cucur jagung, entri kali ini pun menyentuh tentang jagung iaitu bubur jagung masyarakat Bugis, baroboq.
Baroboq ataupun bubur jagung disediakan sebagai hidangan utama dan dihidangkan bersama-sama perkedil jagung. Dua hidangan yang serasi bersama. Sedap tidak terkata.
Cara menyediakannya amatlah mudah. Tidak serumit dan sesukar yang diimaginasikan. Sekarang ni, hendak makan yang sedap-sedap, perlulah pengorbanan. Kalau ingin menghargai masakan orang lain, pergilah ke restoran ataupun hotel terkemuka. Kalau ingin menghargai hasil air tangan sendiri, apa lagi masaklah sendiri. :)
Hidangan baroboq biasanya dimakan sewaktu panas-panas. Masyarakat Bugis menikmatinya pada waktu keraian ataupun bersama-sama keluarga besar. Maksudnya, tiada pengkhususan waktu. Bila-bila kerajinan ada, maka tersedialah hidangan ni di atas meja makan. Tidak perlu menunggu waktu yang sesuai. Setiap waktu pun boleh kecuali waktu tidur dan mandi. :p
Teringat pula sewaktu semua ahli keluarga belah ayah saya datang berkumpul dekat rumah saya. Mak saya hidangkan baroboq yang dimasak dalam periuk besar! Nikmat tidak terkata. Sedap! Apatah lagi dimakan bersama-sama insan tersayang, lupa seketika masalah yang berlingkar dalam kehidupan seharian.
Kalau ada jagung di dapur, apa kata cuba buat resipi ni.
Bahan-bahan:
1 1/2 pot Beras
2 tongkol Jagung manis (sagat)
150 gm Ayam (potong dadu)
200 gm Udang (buang kulit dan kepala)
1 cawan Santan pekat
6 ulas Bawang putih (kisar kasar)
1/2 biji Lobak merah (potong halus)
1 biji Ubi kentang (potong dadu)
1/2 ikat Sayur bayam (potong seperti masak sayur biasa)
1/2 sudu kecil Lada sulah
Garam secukup rasa
Bawang goreng dan daun sup untuk hiasan
Cara membuatnya:
1. Cuci beras dan masukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan air sehingga paras tengah periuk nasi berukuran 3 liter.
3. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan ayam dan udang hingga separuh masak.
4. Apabila beras mulai menjadi bubur, masukkan jagung yang telah disagat bersama-sama ayam dan udang yang telah dimasak.
5. Masukkan kentang dan lobak. Biarkan sehingga masak.
6. Sekiranya air mulai pekat, tambahkan sedikit air. Masukkan sayur bayam dan perisakan dengan garam dan lada sulah.
7. Akhir sekali, masukkan santan pekat.
8. Setelah mendidih, padamkan api. Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.
# Hidangan pengiring yang sesuai ialah perkedil jagung,
tempe goreng dan sambal belacan! #
sumber Mr. Google
sumber Mr. Google
sumber Mr. Google
sumber Mr. Google
Selamat mencuba!
Jagung manis ada, jagung muda ada,
tapi jagung tua??? :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
say something here