Amali 6: Set Masakan Cina
Zao An! Good Morning semua. Entri ni adalah kesinambungan dari entri sebelum ini, entri yang berkisarkan kelas amali masakan timur yang ke 6. Setelah mengetahui cerita menu yang pertama dan kedua, menu ketiga bagi set masakan cina iaitu Solok Tofu Pok.
Bila sebut tofu pok, saya sendiri tidak mengetahui bagaimana rupanya kerana kebiasaanya saya hanya tahu tauhu kering dan tauhu basah. :p
Ini dia tofu pok. Macam tauhu kering tapi versi mini. Menu solok tofu pok ni lebih kurang seperti solok lada. Di tengah-tengah tofu pok akan diisi dengan isi ayam dan beberapa lagi bahan. Menu ni senang ja mahu buat. Kaedah memasaknya adalah mengukus.
Namun, solok tofu pok kumpulan kami agak tawar kerana terlupa letak garam! Maklumlah, pertama kali buat. Asyik rujuk resipi sampai tidak perasan arahan dalam resipi tu kurang lengkap kerana tidak menyebut perisakan bahan dengan garam.
Tapi, tawar mana pun tetap sedap sebab sosnya menyelamatkan rasa yang tawar. Mana tidaknya, hasil tangan sendiri kan walaupun pensyarah tetap bertegas mengatakan solok tofu pok kami tawar. Siapa lagi yang mahu puji kalau bukan diri sendiri. :D
Mari kita lihat bagaimana menyediakannya.
Bahan-bahan:
10 keping (1 paket) Tofu pok
300 gm Isi ayam
1 biji Lobak merah (potong jullienne/nipis memanjang)
2 biji Bawang besar (potong dadu kecil)
2 biji Telur
3 sudu besar Tepung jagung
1 sudu teh Garam
1 sudu teh Lada sulah
30 gm Daun bawang
Bahan Sos:
300 gm Sos tomato
1 biji Lemon
6 sudu besar Air
Cara membuatnya:
1. Satukan isi ayam, lobak merah, bawang besar, telur, daun bawang, tepung jagung, garam dan lada sulah. Uli sehingga sebati.
2. Sumbat tofu pok dengan bahan isi ayam dan kukus selama 10 minit.
3. Panaskan bahan sos dalam kuali dan kacau hingga mendidih.
4. Hidangkan solok tofu pok dengan sos.
~ Solok Tofu Pok ~
Sekejap saja mahu membuatnya. Jangan lupa letak garam ya! Nanti tawar pula macam yang kami buat. Selamat mencuba!
Pengaruh garam adalah amat besar!
Penghulu segala makanan tuuu! :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
say something here