Isnin, 3 Disember 2012

Shark Fin Soup


Amali 6: Set Masakan Cina

Menu terakhir dalam set masakan cina sewaktu kelas amali masakan timur yang lepas ialah Shark Fin Soup.




Walaupun nama dia gah menggunakan sirip ikan yu, tapi realitinya tiada seekor ikan yu yang digunakan dalam pembuatan sup ni. Tidak elok dan tidak bermoral ok. Kesian ikan yu tu.

Dalam resipi yang kumpulan saya terima, sirip yu ikan yang digunakan adalah TIRUAN. Saya ulang sekali lagi, SIRIP IKAN YU TIRUAN

Kenapa saya hitamkan perkataan tersebut ialah kerana untuk mengelakkan sebarang kesalahfahaman. Maklumlah, saya ni pun pencinta alam.

Akan tetapi, disebabkan sedikit kesulitan, maka sirip ikan yu tiruan tidak dapat dimasukkan ke dalam resipi. Terdapat kesukaran mahu dapatkannya waktu tu. Jadi, kami pun gunalah bahan yang ada. Bertindaklah dengan bijak mengikut keadaan.




Inilah rupa sup sirip ikan yu yang sebenar!


Sewaktu menyediakan resipi ini, terdapat beberapa teknik yang dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian. 

Antaranya, ketika memasukkan telur untuk menghasilkan jaluran putih, teknik yang digunakan hendaklah betul iaitu seorang memasukkan telur sambil seorang lagi mengacau dengan whire wisk agar telur tidak bergentel dalam sup yang panas. 

Hasilnya, marvelous! Cantik ja sup kami. Seakan-akan sup sirip ikan yu juga. Mari lihat bagaimana menyediakannya.


Bahan-bahan:

1 liter Air
500 gm Tulang ayam
300 gm Isi ayam (rebus dan carik isinya)
100 gm Cendawan cina (rebus dan hiris)
1 paket Jejari ketam
3 biji Telur
1 sudu besar Cuka putih
3/4 cawan Tepung jagung
1 1/2 sudu besar Kicap soya
1 sudu teh Perisa ikan
2 sudu besar Minyak bijan
Garam dan lada sulah
1 tangkai Daun ketumbar (hiasan)


Cara membuatnya:

1. Rebus tulang ayam bersama air. Kemudian tapis untuk dijadikan stok. Panaskan di atas api.
2. Kemudian masukkan pula campuran tepung jagung hingga pekat.
3. Masukkan cendawan cina dan isi dada ayam serta isi ketam di dalam periuk berisi sup tadi.
4. Masak hingga mendidih.
5. Masukkan minyak bijan dan perisa ikan di dalam masakan.
6. Pukul telur dan curahkan ke dalam sup sambil dipukul dengan wire whisk.
7. Masukkan kicap soya dan perisakan dengan garam dan lada putih.




~ Shark Fin Soup ~




Hirup waktu 3/4 panas, sedappp! :D




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

say something here