Ahad, 23 Disember 2012

Epal Hijau: Teman Diet Terbaik



Epal hijau merupakan sejenis buah yang mengandungi pelbagai khasiat. Sebiji buah epal mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serta yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulit buah. Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol tidak baik. Namun, masih ramai yang tidak tahu tentang khasiat epal hijau kerana kebiasaannya epal merah lebih digemari disebabkan rasanya lebih manis berbanding epal hijau yang masam. Antara khasiat buah epal hijau yang lain ialah: 

Antioksidan 

Antioksidan ialah bahan yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebasterhadap sel normal, protein dan lemak. beberapa jenis antiokasidan adalah seperti vitamin, mineral dan fitokimia. Zat fitokimia di dalam epal hijau berfungsi sebagai antioksidan untuk melawan kolesterol yang berpotensi menyumbat pembuluh darah. Pada masa yang sama, antioksidan akan berfungsi meningkatkan kadar kolesterol yang boleh memberi manfaat kepada badan. Pada tahun 1996, kajian menunjukkan zat fitokimia pada kulit epal dapat mengelakkan pertumbuhan sel kanser usus sebanyak 43%. 

Mencegah Tulang Rapuh Dan Penyakit 

Epal hijau dikatakan mampu mempertahankan kadar estrogen ketika menapaus. Dalam masa yang sama, rembesan hormon estrogen yang berkurangan boleh dicegah kerana ia menyebabkan tulang rapuh dan penyakit jantung dengan zat yang terdapat di dalam sebiji epal hijau. 

Masalah Pencernaan 

Serat di dalam epal membantu mengurangkan masalah pencernaan. Ia juga membantu mengurangkan berat badan, masalah sembelit dan cirit-birit. 





Baik Untuk Gigi 

Sebiji epal hijau mengandungi satu pertiga keperluan vitamin C yang baik untuk gigi. Dengan mengunyah sebiji epal, ia dapat membersihkan dan menyihatkan gigi kerana ia meransang pengeluaran amylase (air liur) walaupun ia mengandungi gula buah asli dan seterusnya membantu mengelakkan kerosakkan gigi. 

Kadar Kolesterol 

Epal hijau juga mengandungi pectin iaitu sejenis serat larut yang mampu menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Kajian menunjukkan di dalam epal hijau terdapat D-glucaric yang mampu mengurangkan kolesterol sehingga 35%. 

Mengimbangkan Zat 

Kanak-kanak yang memakan makanan ringan dan kemudiannya memakan epal hijau dikatakan mampu mengimbangkan kandungan zat dalam tubuh badan mereka. Ia juga membantu mencegah pembentukan lemak dalam badan. 

Melambatkan Penuaan 

Epal hijau mempunyai kandungan agen antioksida yang boleh menentang radikal bebas serta membantu melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut. Epal hijau dapat membaiki tekstur wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal hijau juga dapat melembapkan kulit yang kering.




#tips kesihatan:

"Untuk anda yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan seleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya pembersih tubuh yang sangat baik."



Selamat mencuba! :D




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

say something here