Ahad, 16 Disember 2012

Perancangan Kerja


PERANCANGAN KERJA
 

APA YANG SAYA FAHAM!!

Setahu saya perancangan kerja adalah langkah atau prosedur untuk melakukan kerja atau aktiviti supaya lebih teratur dan terancang. Walau bagaimanapun, Perancangan kerja yang dimaksudkan adalah perancangan untuk membuat atau menyediakan sesuatu makanan.

Kesan atau Kebaikan Melaksanakan Perancangan Kerja Dalam Penyediaan Makanan
  • 1.       Mengelak daripada pembaziran bahan masakan
  • 2.       Hidangan dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan
  • 3.       Tiada overcost atau terlebih bajet
  • 4.       Membantu membuat mise-en-place bahan dan peralatan.

 
Aktiviti-aktiviti yang boleh dikaitankan dengan perancangan menu

  •    .       Menentukan menu

Menu perlulah ditentukan terlebih dahulu sebelum proses seterusnya diambil

  •      Memilih resipi yang standard

Pilih resepi yang telah distandardkan. Maksudnya adalah resepi yang telah digunakan berulang kaji dan menjadi. Selain itu, kaedah atau prosedur masakan yang boleh difahami serta sukatan kuantiti barangan


  •       Senarai bahan dan alatan

Perlu disertakan sekali kerana boleh mengganggu proses memasak jika alatan atau bahan tidak mencukupi.
  •         Senarai beli belah

Jika bahan-bahan yang tidak terdapat di dapur, langkah untuk menyenaraikan bahan untuk dibeli. Pastikan kos dan kuantiti mengikut resepi standard untuk elak pembaziran.

  •         Jadual susunan kerja

Langkah paling penting. Pastikan susunan kerja dibuat dari pra-penyediaan hinggalah proses menghidang. Setelah siap susunan kerja, semak kembali supaya tidak tertinggal kerja/ prosedur yang sepatutnya

  •                 Pengiraan kos

Segala kos-kos yang berkaitan. Kos yang paling utama yang perlu diambil adalah kos bahan-bahan mentah. Kos sampingan meliputi cas elektik, air mahupun bahan bakar. Kos upah adalah kos yang dikenakan jika, kita mengambil upah pekerja luar. Pastikan masa per jam diambil kira. Kemudian jumlahkan.



 ------bersambung------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

say something here