Sabtu, 1 Disember 2012

Sup Ketam Ala Mama Diana



Ketam @ Kapiting (Bahasa Sabah)

Menu kita hari ini lebih kurang masak singgang kata orang-orang di semenanjung. Tapi bagi kami orang Sabah, kami sebut sup ataupun rebus. Resipi ni adalah resipi mak saya yang tercinta. Mak saya selalu masak ketam samada direbus ataupun digoreng ala tepung KFC. Sedap hingga licin pinggan! :)


Bahan-bahan:

4 ekor Ketam
4 biji Bawang putih
2 biji Bawang merah
1 biji Lobak merah
1 biji Tomato
2 inci Halia
1/2 sudu teh Serbuk kunyit
1 batang Serai
2.5 ml Air
Daun sup dan bawang goreng
Garam secukupnya


Cara membuatnya:

1. Bersihkan ketam.
2. Tumbuk kasar bawang putih dan bawang merah.
3. Potong lobak dan tomato mengikut kreativiti anda.
4. Ketuk serai.
5. Masukkan semua bahan kecuali garam, daun sup dan bawang goreng ke dalam periuk yang berisi air.
6. Setelah mendidih, masukkan garam.
7. Hidangkan dengan taburan daun sup dan bawang goreng.


# Makan dengan nasi panas memang sedap. #


Selamat mencuba!







Ketuk-ketuk ketam... :D




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

say something here