Amali 7: Set Masakan India
Pada kelas amali ke tujuh yang bertemakan masakan India, kumpulan kami telah mendapat menu nasi briyani, ayam masak beriyani, dalca, dan pakoras dengan raita timun (cucumber raita). Entri pada hari ini akan berkisarkan tentang 'nasi briyani'.
Seperti Malaysia, makanan ruji bagi penduduk India adalah beras. Antara beras yang mudah didapati di India ialah beras basmathi. Beras basmathi merupakan beras yang mempunyai banyak khasiat seperti kurang kandungan kanji. Di Malaysia, beras basmathi sukar untuk diperolehi melainkan beras tersebut diimport dari luar negara khususnya dari India dan Pakistan. Kedua-dua negara ini adalah pengeluar beras basmathi yang terkenal.
Nasi briyani merupakan salah satu hidangan orang India. Nasi briyani yang berkualiti adalah diperbuat daripada beras basmathi yang bermutu tinggi serta bahan-bahan yang segar dan terjamin. Selain penggunaan beras basmathi, beberapa rempah lain turut digunakan seperti rempah briyani, kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih yang menambahkan aroma dan rasa yang melazatkan hidangan.
Pengalaman kami semasa menyediakan nasi briyani amatlah melucukan dan mengeli hati. Mana tidaknya, pertama kali menyediakan menu nasi briyani sepanjang hidup kami bertiga. Sememangnya banyak kekurangan dari segi pengalaman. Semua bahan kering perlu ditumis terlebih dahulu untuk menaikkan bau bersama-sama minyak sapi. Minyak sapi juga merupakan salah satu bahan yang penting dalam masakan orang India. Tidak lengkap rasanya tanpa minyak sapi. Ibarat kuah yang tidak bergaram.
Masalah yang timbul semasa kumpulan kami menyediakan nasi briyani ialah sukatan air yang tidak tepat dan kurang rempah. Nasi yang sepatutnya masak dengan sempurna telah bertukar menjadi nasi yang lembut dan warnanya tidak seberapa menarik seperti dalam gambar di atas. Hal ini kerana sukatan air yang kami gunakan adalah mengikut sukatan dalam resipi. Sepatutnya kami menyukat air mengikut sukatan beras yang telah diambil. :)
Setelah itu, kami menerima komen daripada pensyarah dan rakan-rakan melalui sesi penilaian pada akhir kelas amali iaitu warna dan tekstur nasi yang kurang menarik dan terlalu lembut. Tatasajian nasi adalah menarik dan bersesuaian dengan tema pada hari tersebut iaitu masakan India. Mari kita lihat resipi dan cara menyediakannya.
*****************
Nasi Briyani
(porsi: 2 orang)
Bahan-bahan:
280 gm Beras basmathi
250 gm Susu cair
500 ml Air
20 gm Bawang putih - tumbuk
20 gm Bawang merah - dihiris
4 cm Halia
- tumbuk
30
gm Minyak sapi
8 gm Rempah beriani
¼ sudu kecil Paprika
1 biji Buah pelaga
1 cm Kayu manis
2 kuntum Bunga cengkih
5 gm Garam masala
Secukupnya Garam
Bahan Hiasan:
30 gm Badam hiris – digoreng
10 gm Gajus goreng
10 gm Bawang goreng
1 tangkai Daun pudina
Alatan Yang digunakan:
Periuk
Sudip kayu
Landas cincang
Pisau
Mangkuk
Sudu
Alatan Yang digunakan:
Periuk
Sudip kayu
Landas cincang
Pisau
Mangkuk
Sudu
Prosedur
memasak:
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk dan tumiskan buah
pelaga, kayu manis, bunga cengkih dengan bawang merah.
2. Masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk
bersama-sama garam, garam
masala, paprika dan rempah beriani.
3. Tuangkan air dan susu dan biarkannya kering.
4. Kacau nasi dan taburkan sebahagian gajus, badan dan bawang
goreng. Tutup periuk dan
biarkan 3 minit.
5. Hiaskan dengan gajus, badam, daun parsli dan bawang goreng.
6. Hidangkan panas bersama-sama lauk.
Menghias dan menghidang:
1. Nasi briyani dihias dengan daun pudina, badam hiris, gajus dan bawang goreng.
2. Dihidangkan atas pinggan stainless steel.
Selamat mencuba! :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
say something here