Sabtu, 15 Disember 2012

Kerabu Mangga Dan Perut


Amali 8: Set Masakan Thai

Akhirnya, masuklah amali minggu yang terakhir setelah hampir 2 bulan main masak-masak di 'dapur tercinta'. Pejam celik pejam celik, sudah hampir ke penghujung semester. Hanya tinggal untuk menghitung hari. Semua rasa bercampur-baur dan bersatu dalam hati. Cehhh! :p

Minggu ini amali masakan timur adalah bertemakan masakan Thai, masakan jiran seberang kita. Sawadika!





Menu pertama dalam set menu 1 masakan Thailand ialah 'kerabu mangga dan perut'. Dengar namanya sahaja sudah cukup untuk membuatkan kita terliur. Siapa yang tidak suka makan kerabu mangga dan perut kan. Kami pasti semua menyukainya.

Penyediaan kerabu mangga dan perut amat cepat dan memerlukan bahan-bahan yang sedikit sahaja. Rasa dan warnanya yang menarik mampu memikat sesiapa yang mencubanya. Ketika sesi penilaian, rakan-rakan dan pensyarah menyukai hidangan kami cuma terlalu berair ataupun berkuah dan sedikit pedas kerana terlebih cili padi. :)

Mungkin semasa menyediakannya, kami tidak perasan dan telah terletak banyak santan dan perahan limau. Walaupun demikian, ia tidaklah menjejaskan persembahan kerabu kami malahan mendapat pujian bahawa persembahannya menarik. Memandangkan bahan-bahan yang digunakan tidaklah banyak, maka penyediaannya tidak mengambil masa yang lama.

Hanya berdepan dengan sedikit masalah iaitu penyagat yang kurang tajam. Ia menyebabkan kerja menyagat mangga menjadi perlahan dan dilakukan dengan penuh berhati-hati kerana risau memudaratkan diri. Mana tidaknya, kebersihan dan keselamatan harus diutamakan.

Kerabu mangga dan perut adalah hidangan pengiring dan dihidangkan bersama-sama hidangan utama iaitu nasi putih. Seperti kebiasaan, kerabu disediakan mentah iaitu tidak menggunakan kaedah memasak haba lembap ataupun kering. Ia disediakan sejuk iaitu disejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan. Namun, perut lembu yang digunakan perlu direbus terlebih dahulu agar lembut dan boleh dimakan. Terdapatkah perut lembut yang dimakan mentah-mentah??? Nanti kita cari tahu bersama ya. :)




*****************

Kerabu Mangga dan Perut
(porsi: 2-3 orang)

Bahan-bahan:

300 gm                Mangga muda
200 gm                Perut lembu
35 gm                  Bawang merah
70 gm                  Tomato
40 gm                  Cili padi
20 gm                  Serai
3 gm                    Daun limau purut
5 gm                    Daun ketumbar
15 gm                  Sos sotong
50 gm                  Udang kering
125 ml                 Santan
5 gm                    Garam
10 gm                  Gula
8 gm                    Jus limau
20 gm                  Cili merah


Alatan yang digunakan:

Periuk
Landas cincang
Pisau
Penyagat
Mangkuk
Sudu


Prosedur memasak:

1. Rebuskan perut lembu hingga lembut dan hiris nipis.
2. Sagatkan mangga muda.
3. Satukan perut dan mangga muda dengan bawang merah, tomato, cili padi, serai, daun limau purut dan daun ketumbar yang telah dihiris halus.
4. Masukkan santan, sos sotong, udang kering, garam dan gula.
5. Gaulkan semua bahan hingga rata.


Menghias dan Menghidang

1. Hidangkan kerabu mangga dan perut atas pingga bulat.


*Kerabu dihidangkan sejuk*




Lebihkan cili padi jikalau suka 
kerabu yang pedas! :D




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

say something here