Amali 7: Set Masakan India
Hidangan terakhir dalam set menu 1 pada amali masakan timur yang ke tujuh ialah 'pakoras with cucumber raita'. Pakoras adalah snek bergoreng dan biasanya menggunakan sayur-sayuran seperti terung, kentang, bayam, dan bawang besar.
pakoras menggunakan kentang
pakoras menggunakan terung
'Cucumber raita' pula adalah sos pencecah kepada pakoras ni. Bahan-bahan untuk membuatnya pun tidak banyak dan mudah untuk disediakan.
Antara semua menu dalam set masakan India, hanya menu ini yang tidak memberi apa-apa masalah kerana saya pernah menyediakannya pada tiga semester lepas. Dalam penyediaan 'cucumber raita', tairu merupakan bahan utamanya disamping timun dan cili hijau.
Penilaian daripada rakan-rakan dan pensyarah amatlah menyenangkan hati kerana mereka mengatakan pakoras yang kami sediakan adalah ranggup dan sedap. Jom lihat resipinya dan boleh dicuba di rumah nanti. :)
*****************
Pakoras with Cucumber Raita
(porsi: 4 orang)
Bahan-bahan Pakoras:
200 gm Terung
200 gm Kentang
140 gm Tepung kacang kuda
3 gm Serbuk cili
3 gm Soda bikarbonat
300 gm Minyak
5 gm Garam
200 gm Terung
200 gm Kentang
140 gm Tepung kacang kuda
3 gm Serbuk cili
3 gm Soda bikarbonat
300 gm Minyak
5 gm Garam
Bahan 'Cucumber Raita':
25 gm Cili hijau
250 gm Timun
60 gm Bawang putih
1 sudu kecil Jintan putih
Alatan yang digunakan:
Kuali
Landas cincang
Penyagat
Pisau
Sudip
Mangkuk
Sudu
Prosedur memasak:
1. Pakoras: bancuh tepung kacang kuda, serbuk cili, garam dan soda bikarbonat dengan air hingga menjadi bater sadur.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Celupkan sayur-sayuran dalam bater satu per satu dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan.
3. Cucumber raita: pukul tairu dengan whisk hingga licin dan pekat.
4. Masukkan timun, bawang besar dan cili. Sesuaikan rasanya dan masukkan jintan putih yang telah disangai. Sejukkan raita dalam peti sejuk. Kemudian boleh dihidang bersama-sama pakoras.
Menghias dan menghidang:
1. Pakoras with cucumber raita dihidangkan atas pinggan stainless steel.
Bater penyadur mampu mengelakkan
makanan daripada hancur
ataupun berminyak. :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
say something here