Isnin, 24 Disember 2012

rendang daun tempoyak negeri sembilan


hi,

fara kembali lagi,

kali ini hendak menceritakan sedikit pengalaman memasak salah satu resepi klasik negeri smebilan yang semkain jarang didapati di negeri ini. resepi ini kian dilupakan kerana terdapat kekangan dalam mencari bahan-bahan untuk membuat masakan rendang daun tempoyak negeri sembilan.

al-kisah,

minggu laul, saya dan mak pergi ke Kuala Pilah untuk mendapatkan bahan-bahan untuk hidangan ini, ada juga yang ditemui di belakang rumah kami walaupun. Ianya ialah satu hidangan menarik. walaubagaimana pun, ianya bukan salah satu kegemaran saya . sebab terlalu banyak hijau, hahaha. Walaupun saya tidak mempunyai menggemari hidangan ini akan tetapi saya pasti ia akan menjadi kegemaran penggemar sayur-sayuran untuk dimakan bersama dengan nasi. mak dan uwan amat menggemari hidangan ini. Lagi lagi ada tempoyak. Its hidangan tradisional Negeri Sembilan. Biasanya minimum 7 jenis daun tetapi anda boleh mempunyai lebih daripada 7 jenis jika anda mahu.


Beberapa daun yang digunakan dalam resipi ini hanya boleh dijumpai di rantau ini.





daun yang digunakan
Bahan Bahan A: Daun-daun 
• Daun pucuk kunyit.
• Daun pucuk kentut.
• Daun pucuk cengkerik.
• Daun pucuk kaduk.
• Daun pucuk labu.
• Daun pucuk ubi.
• Serai.
Racik semua daun dan serai nipis nipis. 
• Petai. Dibuang kulit dan di belah dua.

Bahan Bahan B: Blender
• Cili api.
• Kunyit.
Blender sedikit santan cair, cili api dan kunyit di blenderkan 

Bahan Bahan C: Rendang
• 5 sudu besar tempoyak.
• Santan, pati santan dan santan yang cair.
• Ikan masin tenggiri jeruk di potong dua.
• Garam kasar. 

Cara Memasak
• Letak kan bahan blender,  ke dalam kuali. Masukkan  ikan tenggiri jeruk, pati santan dan baki santan cair tadi ke dalam kuali dan pasnag kan api yang sederhana.
• Biar sampai mendidih. Masukkan sedikit garam kasar. Jangan banyak sangat kerana ikan masin tadi dah masin.
• Masukkan tempoyak dan biarkan mendidih.
• Bila ikan masin tenggiri sudah lembut, buangkan tulang ikan itu. Biarkan ia mendidih.
• Selepas 5 minit, sehingga pekat sedikit, masukkan daun daun, petai dan serai kedalam kuali. Gaulkan dengan sebati.
• 10 minit kemudian ia akan pekat. Gaulkan lagi hingga sebati.
• Biar lagi sehingga cukup pekat. Tak lah pekat sangat...basah basah sikit. Boleh lah dihidang.

So I hope you try this one. Its a bit hard to get the leaves but it sure is good when its done.




:)





xoxo
|fara ara|

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

say something here