Amali 7: Set Masakan India
Jikalau orang melayu terkenal dengan sayur lodeh dan orang Cina dengan 'stir fried vegetables', orang India pula terkenal dengan dalca!
Dalca adalah hidangan pengiring yang selalunya dimakan bersama nasi. Antara bahan-bahan yang digunakan dalam menyediakan dalca ialah kacang dal, daging, sayur-sayuran dan beberapa rempah ratus. Hidangan ini mudah sahaja untuk disediakan. Tidak mengambil masa yang lama dan amat sedap dimakan panas-panas.
Namun, sewaktu kami menyediakan hidangan ini, kami berdepan dengan masalah kekeliruan penggunaan santan. Walaupun sudah diberitahu pada kelas amali yang lepas, santan kotak adalah santan yang amat pekat dan perlu dicampur dengan air sebelum disukat. Tetapi kerana kelalaian, kami terlupa pesanan pensyarah tu dan telah menggunakan santan kotak dalam kuantiti 1 liter penuh tanpa sebarang penambahan air!
Bayangkan apa yang terjadi pada dalca kami. Seperti gambar di atas, rupa sayur-sayuran sudah mulai layu dan tidak seberapa menarik kerana telah berendam dalam lautan santan pekat! :p
Penambahbaikan yang kami lakukan ialah memasukkan rempah yang telah dimasak garing untuk memberikan dalca tersebut warna dan rasa agar tidak kelihatan pucat dan rasa santan semata-mata.
Pensyarah memberitahu bahawa tekstur dalca teramatlah pekat dan warnanya kurang menarik kerana penggunaan santan yang berlebihan. Apa boleh buat la kan, sudah nasib. Apa-apa pun, berikut adalah resipi dalca yang telah diaplikasikan pada kelas amali lepas. Ingat ya, penggunaan santan dalam kotak perlu ditambah dengan air kerana santan tersebut terlalu pekat. Maklumlah, budak baru belajar. (budak lagi ka???) :p
*****************
Dalca
(porsi: 3-4 orang)
Bahan-bahan:
300 gm Daging
100 gm Lobak merah
80 gm Terung panjang
70 gm Tomato
120 gm Kentang
100 gm Kacang buncis
200 gm Kacang dal
50 gm Rempah kari daging
1 liter Santan
1 liter Santan
50 gm Bawang besar
35 gm Bawang putih
10 gm Halia
15 gm Kulit kayu manis
5 gm Bunga cengkih
5 gm Buah pelaga
2 ml Air asam
3 sudu kecil Garam
10 ml Minyak
8 gm Serbuk cili
Alatan yang digunakan:
Kuali
Periuk
Sudip kayu
Mangkuk
Pisau
Landas cincang
Sudu
Prosedur memasak:
1. Bersihkan daging dan potong kecil-kecil.
2. Sayur-sayuran dipotong mengikut selera anda.
3. Rebus kacang dal dan daging sehingga keduanya masak empuk.
4. Masukkan kentang dan lobak merak dan rebus sehingga empuk dan diikuti terung panjang, kacang buncis dan tomato.
5. Tumis darat: panaskan minyak dalam kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan diikuti dengan bawang besar, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
6. Masukkan rempah kari daging dan serbuk cili gaul rata. Masukkan asam dan garam. Tumis sehingga ia masak dan masukkan ke dalam periuk rebusan daging dan sayur-sayuran. Kacau sehingga sebati.
7. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dan rasakan garamnya.
Menghias dan menghidang:
1. Dalca dihidangkan atas pinggan stainless steel.
Kurangkan santan, lebihkan senyuman! :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
say something here