Bila sebut tentang KFC, tentu terbayang jelas diingatan setiap kita tentang kerangupan dan kelazatannya. Dari setiap gigitan hingga yang terakhir, sedap hingga menjilat jari. Crunchy! Kriuk kriukkk... :)
Tapi saingan KFC pada hari ini adalah tersangat banyak. Tumbuh bagaikan cendawan. Semuanya mahu meniagakan ayam goreng mereka dengan meletakkan nama KFC kat belakang sebagai tanda ia setanding dengan ayam goreng kat KFC tu. Cuma ada sesetengah yang mempertaruhkan nama sendiri demi mencari populariti tersendiri. Contohnya 'Uncle Bob'.
Ramai kata sedap, rangup dan setanding KFC. Tapi saya tidak berani kata apa-apa sebab belum pernah rasa lagi. Entah kenapa saya belum rasa lagi. Tidak terliur dan ternafsu untuk memakannya walaupun tiap petang sabtu saya mesti lalu gerai Uncle Bob dan terhidu wangian ayam goreng dia yang sememangnya menusuk kalbu. Entah bila baru mahu rasa. :)
Daripada gunakan duit tu untuk makan ayam goreng KFC ataupun 'Uncle Bob', apa kata kita buat sendiri. Lagi menjimatkan, sedap dan dijamin puas hati! Ini merupakan resipi mak saya, Puan Nurdiana. Tentu ada yang pelik bila dari awal entri asyik sebut ayam tetapi nama entri adalah 'Sotong Goreng'.
Sebenarnya resipi yang bakal saya kongsikan adalah resipi multipurpose yang bermaksud boleh digunakan untuk pelbagai jenis makanan. Cuma saya mahu tekankan penggunaan sotong kerana berbanding ayam, saya lebih suka sotong! Rindu mahu makan sotong.
Dekat tanjung malim ni, boleh dikira dengan jari berapa kali sahaja saya memakan makanan laut sebab saya alah dengan makanan laut yang tidak segar. Boleh jadi gatal-gatal dan bengkak dekat mulut. Cerewetnya la anak pakcik Bacho ni kan. :D
Resipi ini adalah ihlam mak saya sendiri. Bukan sahaja sotong, ayam, udang, ketam malahan ikan pun boleh digunakan. As i said before, multipurpose recipe. Jom lihat bagaimana menyediakannya.
Bahan-bahan:
5-6 ekor Sotong besar (potong bentuk cincin)
250 gm Tepung gandum
3 sudu besar Tepung pulut
3 sudu besar Tepung jagung
3 ulas Bawang putih (tumbuk)
1/2 inci Halia (tumbuk)
1 sudu kecil Serbuk kunyit
Garam dan lada sulah secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Bersihkan dan potong sotong kepada bentuk cincin.
2. Perapkan sotong dengan serbuk kunyit, bawang putih, halia, garam dan lada sulah. Biarkan selama beberapa minit
3. Dalam mangkuk yang lain, gaul sebati ketiga-tiga jenis tepung.
4. Panaskan minyak. Masukkan sotong ke dalam mangkuk berisi tepung dan golek-golekkan sehingga seluruh sotong bersalut tepung.
5. Goreng sotong hingga kuning keemasan.
# Makan begitu sahaja pun sedap. #
Selamat mencuba! :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
say something here